Saturday, April 18, 2009

malam darul aman yg CERIA bgt...

DECTAR,isnin: 13April. Majlis terulung bagi Persatuan Mahasiswa Kebajikan Kedah PKMK yang disayangi adalah malam darul aman yang diadakan setiap tahun. Majlis ini bukan lah suatu majlis makan malam semata-mata, namun turut mempunyai motif serta tujuan yang tersendiri. Antara tujuan yang boleh diketengahkan ialah pertamanya untuk mengeratkan silatulrahim sesama mahasiswa anak kedah. Maklumlah kehidupan alam kampus yang sibuk dengan kelas,tutorial dan aktiviti perbicangan dan sebagainya menjadikan masa untuk bersuai kenal itu terlalu terhad.

Lantaran itu majlis sebegini meriah diadakan. Keduanya adalah sebagai ucapan terima kasih kepada semua ahli PKMK yang menyokong persatuan kami ini serta memberi komitmen yang baik dalam setiap aktiviti yang kami jalankan. Persedian pada Majlis kali ini kami mulakan agak lewat daripada MDA tahun lalu, namun alhamdulillah secara total majlis ini tampak lebih baik dari sebelumnya.

Bercakap pula mengenai persedian MDA. Untuk memastikan majlis berjalan lancar, kami telah "berkampung" di bilik PKMK selama sehari suntuk pada 11 april,sabtu mulai jam 9 pagi hingga ke 11 malamnya dan persiapan dewan pada 12 april,ahad jam 9 malam sampai ke pukul 11 malam. Masa yang ada kami isi dengan persiapan2 akhir terutama dari segi penyediaan cendramata, protokol, dan kerja-kerja akhir post-post yang lain.

Alhamdulillah berkat doa semua dan kerjasama yang diberikan serta usaha-usaha semua pihak, PKMK dengan rasminya telah berjaya mengadakan Malam Darul Aman 09 dengan jayanya... semoga segala kelompangan dan kesilapan yang dikenalpasti dapat diperbaiki pada MDA10 insyAllah.... setinggi-tinggi tahniah buat semua post, semua yg hadir,semua yang menolong didepan @ belakang tabir dan semuaaaaaaaaaaaaaanya.... PKMK SAYANG KAMU!!!


















No comments: