Saturday, April 18, 2009

malam darul aman yg CERIA bgt...

DECTAR,isnin: 13April. Majlis terulung bagi Persatuan Mahasiswa Kebajikan Kedah PKMK yang disayangi adalah malam darul aman yang diadakan setiap tahun. Majlis ini bukan lah suatu majlis makan malam semata-mata, namun turut mempunyai motif serta tujuan yang tersendiri. Antara tujuan yang boleh diketengahkan ialah pertamanya untuk mengeratkan silatulrahim sesama mahasiswa anak kedah. Maklumlah kehidupan alam kampus yang sibuk dengan kelas,tutorial dan aktiviti perbicangan dan sebagainya menjadikan masa untuk bersuai kenal itu terlalu terhad.

Lantaran itu majlis sebegini meriah diadakan. Keduanya adalah sebagai ucapan terima kasih kepada semua ahli PKMK yang menyokong persatuan kami ini serta memberi komitmen yang baik dalam setiap aktiviti yang kami jalankan. Persedian pada Majlis kali ini kami mulakan agak lewat daripada MDA tahun lalu, namun alhamdulillah secara total majlis ini tampak lebih baik dari sebelumnya.

Bercakap pula mengenai persedian MDA. Untuk memastikan majlis berjalan lancar, kami telah "berkampung" di bilik PKMK selama sehari suntuk pada 11 april,sabtu mulai jam 9 pagi hingga ke 11 malamnya dan persiapan dewan pada 12 april,ahad jam 9 malam sampai ke pukul 11 malam. Masa yang ada kami isi dengan persiapan2 akhir terutama dari segi penyediaan cendramata, protokol, dan kerja-kerja akhir post-post yang lain.

Alhamdulillah berkat doa semua dan kerjasama yang diberikan serta usaha-usaha semua pihak, PKMK dengan rasminya telah berjaya mengadakan Malam Darul Aman 09 dengan jayanya... semoga segala kelompangan dan kesilapan yang dikenalpasti dapat diperbaiki pada MDA10 insyAllah.... setinggi-tinggi tahniah buat semua post, semua yg hadir,semua yang menolong didepan @ belakang tabir dan semuaaaaaaaaaaaaaanya.... PKMK SAYANG KAMU!!!


















Friday, April 17, 2009

USRAH...

assalamualaikum... hari ini 17/4/2009 telah berlangsungnya sessi usrah pertama bagi exco-exco pKMk.. usrah ini disampaikan Oleh USt. Idris daripada Fakulti Pengajian Islam tahun 2. Beliau menceritakan mengenai keperluan berusrah dan perkara-perkara yang seharusnya ada dalam sesuatu usrah itu... alhamdulillah.. exco-exco PKMk didedahkan dengan santapan Rohani yang dapat mengeyangkan iman.. insyaAllah.. sekalung tahniah buat exco Kerohanian Dan kepimpinan... teruskan istiqamah dengan usrah supaya exco pKMk akan lebih mantop dan PKMK lebih maju, cemerlang dan mendapat redha ALLLAH.. ameeeeeeeeeeeeeeennn..

Tuesday, April 7, 2009

Kem Menggilap Permata 2-4 April09

Pendang.2-4 april : Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah (PKMK) ukm telah pun berjaya melangsungkan Kem Menggilap Permata 09 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung, Pendang. Perlaksanaan Kem sahsiah diri sebegini bermotifkan pembinaan jati diri pelajar sekaligus memantapkan rohaniah pelajar dan sudah semestinya penekanan kepada kecermerlangan akademik pelajar.

Alhamdulillah, perlaksanaan Kem Menggilap Permata 09 yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini mendapat sambutan yang baik daripada adik-adik SMKTT sendiri dan turut mendapat kerjasama yang baik daripada semua exco dan fasilitator pembantu. Exco yang turun padang bagi sessi Motivasi pada kali ini memberikan komitmen yang sebaiknya dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Pun begitu, ada juga beberapa exco PKMK yang tidak dapat melibatkan diri dalam Kem Menggilap Permata ini, ini kerana mereka membuat persiapan untuk majlis terulung PKMK yang akan berlangsung pada 13April nanti iaitu MALAM DARUL AMAN 09. Kem ini juga mendapat sokongan padu penuh ikhlas daripada kira- kira 12 orang mahasiswa UKM yang lain sebagai fasilitator pembantu. dengan itu, Kem ini berjalan dengan jayanya... alhamdulillah...

akhir tinta, semoga program ini memberi "input" atau MUTIARA buat adik2 SMKTT dan menghadiahkan cebisan kenangan terindah buat mahasiswa yang terlibat khasnya Exco PKMK. PKM SAYANG KAMU!!!