Thursday, May 28, 2009

LATEST PROGRAM...


PENGARAH PROGRAM : AZIZI B.SHAARI
PENOLONG PENGARAH: SYIFAK BINTI MOHD RODZI
POST KEROHANIAN DAN KEPIMPINAN

Monday, May 11, 2009

Malaysia boleh tangani selesema babi

Negara sudah ada Pelan Persediaan Pandemik Influenza Kebangsaan yang menggariskan lima strategi, selain ada bekalan vaksin mencukupi.

RAMAI yang tidak tahu banyak perbezaan antara selesema babi, selesema burung dan selesema bermusim atau influenza yang berlaku sepanjang tahun di Malaysia. Jika selesema bermusim boleh ditangani dengan vaksin, sama ada vaksin hemisfera selatan (dikeluarkan setiap Mac) dan vaksin hemisfera utara (dikeluarkan setiap September), tetapi selesema babi yang diramalkan menjadi pandemik atau wabak besar-besaran ketika ini masih tiada vaksinnya.



Berdasarkan perkembangan semasa, vaksin selesema babi mungkin berada di pasaran menjelang Jun nanti. Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Datin Dr Che Ilina Che Isahak, berkata vaksin selesema bermusim tidak boleh mencegah selesema babi atau selesema burung, tetapi pengambilannya membantu dari segi pengeluaran vaksin itu sendiri jika berlaku wabak. "Jika vaksin selesema bermusim hanya diambil pada jumlah yang sedikit pada waktu biasa, apabila berlakunya wabak, sukar untuk syarikat farmaseutikal untuk menggandakan jumlah pengeluaran mereka dan memberi keutamaan kepada pengguna," katanya.


Satu daripada sebab warga Malaysia tidak mengambil vaksin selesema bermusim kerana mereka tidak mempercayai kewujudan influenza di negara ini. Bagaimanapun, mengikut kajian yang dilakukan Dr Che Ilina, influenza berlaku di Malaysia dan ia berupaya menjadi pandemik yang meragut nyawa. Malah, laporan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyebut antara lima hingga 15 peratus populasi dunia terjejas dengan masalah influenza. Setiap tahun, antara tiga hingga lima juta kes influenza yang sederhana dan kronik mencatatkan kematian antara 250,000 dan 500,000 orang di seluruh dunia. Apa yang membezakan influenza dan selesema ialah masalah jangkitan pernafasan terjadi disebabkan virus influenza yang boleh berlaku pada tahap biasa hingga membawa maut.


Jelas Dr Che Ilina, WHO sudah memberi amaran mengenai kemungkinan selesema menjadi pandemik sejak 1999. Justeru, setiap negara mempunyai pelan kecemasan tersendiri. Apatah lagi pandemik selesema biasanya menyerang 10 tahun sekali berikutan tiada lagi imuniti di kalangan penduduk. Bagaimanapun, sudah hampir 30 tahun, dunia tidak berdepan dengan pandemik selesema yang meragut nyawa dan boleh berpindah daripada manusia ke manusia. "Malaysia sudah berpengalaman dalam menangani wabak Sindrom Pernafasan yang Teruk (Sars) dan selesema burung, justeru, jika selesema babi menjadi wabak, ia boleh dihadapi dengan baik," katanya. Malah dalam Pelan Persediaan Pandemik Influenza Kebangsaan (NIPP) sudah menggariskan lima strategi. Antaranya termasuklah pengawasan pertambahan jumlah mereka yang diserang selesema atau penyakit seakan selesema selain penyimpanan bekalan vaksin. "Sebenarnya, rakyat Malaysia tidak perlu panik kerana kerajaan sudah menyediakan NIPP dan jika berlaku wabak, ia mudah ditangani," katanya. Kata Dr Che Ilina, berbanding selesema burung, selesema babi boleh berpindah kepada manusia kerana reseptor dalam babi boleh menerima virus selesema burung dan selesema yang terjadi pada manusia. "Sifat reseptor dalam babi dikenali sebagai 'mixing vessel' menyebabkan ia mudah berpindah kepada manusia dan berpotensi menjadi pandemik," katanya. Selain babi, kuda dan singa laut juga boleh mencetuskan wabak selesema. Namun keupayaannya menjadi virus yang boleh berpindah daripada manusia kepada manusia belum dapat dipastikan. "Jumlah babi yang diternak juga sebenarnya menyumbang kepada penularan wabak, apatah lagi jika penternakan itu tidak disertai dengan pelan penternakan yang betul, misalnya pemberian vaksin," katanya. Kenyataan itu tidak dinafikan kerana seperti kes yang berlaku di Mexico, memetik sumber daripada The Humane Society United States, lokasi wabak selesema babi dikesan menternak sejuta ekor babi. Bagaimanapun, bukan semua ternakan diberi vaksin selesema. Apatah lagi saiz ladang itu sendiri meningkat dengan banyak daripada 18 peratus pada 1993 kepada 53 peratus pada 2002. Dengan sifat reseptor babi itu yang mudah menerima dan memindahkan virus selesema dan beban ternakan yang banyak tanpa pelan penternakan teliti, ladang babi di seluruh dunia sepatutnya dikawal selia dengan baik atau dikecilkan.


sumber : berita harian, 10mEi2009...

Selamat,Selamat,Selamat,Selamat...

Assalamualaikum semua pembaca blog anak kedah yang setia dan disayangi. Empat ucapan selamat ikhlas dari Exco PKMK buat semua. Ucapan selamat pertama ditujukan kepada Senior-senior PKMK yang telah sekian lama menjadi tulang belakang PKMK dan sekarang sedang melalui " masa rehat". Kepada senior-senior PKMK yang sudah tamat pengajian, tahniah diucapkan dan Selamat Mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Ucapan Kedua, Selamat berlatihan Industri kepada semua exco dan ahli-ahli PKMK yang terlibat dalam latihan industri dimana juga anda berada tatkala ini dan didoakan semoga anda dapat menjalankan tugasan anda dengan baik dan sempurna.

Gud Morning teacher!!!.. .. Ucapan ini khas kepada exco-exco dan semua ahli PKMK juga mahasiswa-mahasiswa yang sedang menjalani "English Foundation" bermula 11mei hingga 26Jun.. Semoga bertambah ilmu kita mengenai bahasa KEDUA itu dan memudahkan kita berinteraksi dengan non-muslim serta dapat berdakwah kepada mereka. amiiiiin.. insyaAllah..

Ucapan seterusnya.. adalah kepada warga ukm khasnya kepada keluarga PKMK sekalian termasuk lah exco dan ahli-ahli semuanya... selamat bercuti dan bersukaria bersama keluarga anda. Gunakan lah sebaik mungkin masa yang ada untuk menabur bakti kepada keluarga dan masyarakat sekeliling anda!!!!... Selamat,selamat,selamat,selamat.... untuk semuanya.. ooopppps dan selamat melangsungkan perkahwinan kepada semua andai ada yang sudah sampai seru...semoga bahagia hingga ke akhirat....