Friday, August 27, 2010

Sunday, August 22, 2010

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH


MALAM

1



Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya
2Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin
3
Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
4Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin
6
Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama
memohonkan ampun baginya
7Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman
8Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
9Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
10Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
11Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
12Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama
13Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan
14Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
15Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
16Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga
17Di beri pahala seperti pahala para Nabi
18Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
19Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
20Di beri pahala para syuhada dan salihen
21Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
22Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan
23Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
24Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan

25Di hapuskan dari seksaan kubur.
26Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun
27Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
28Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga
29Diberi pahala seribu haji yang mabrur
30

Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

MAJLIS BUKAK POSA BRSAMA MB KEDAH


SALAM RAMADHAN...kpd smua ank kedah d prantauan trutma yg da kat slangor, jika klapangan jom kta p bukak posa ngan MB KEDAH...trbuka kpd anak jati kdah..sila tmpah meja cpt noh.. kta p rmai2 ngan kndraan msing2..pkat2 konvoi la noh..

Tuesday, August 17, 2010

INTERAKSI MUHIBBAH TAHUN 1

>ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KPD PARA PEMBC LAMAN SESWANG UTAMA PKMK NI. Salam khas dari Exco Perpaduan Kaum dan Hak (PERKAHAK). Sdq xsdq dah hampir 2 bulan kita suma brd di bumi UKM ni utk meneruskan perjuangan sebg pelajar. Rsnya msih smpat kot PERKAHAK nak ucapkan ahlan wasahlan kat adek2 1st year yg dh xbrp fresh dah...huhu.. apa2 pn sblum PERKAHAK merapu lebih lnjut, eloklah kiranya kita teruskan kepd agenda utama kita.

Erm...dalam n3 kali ni sbnqnya nak bagitau kat suma yg PKMK telah pn menganjurkan INTERAKSI MUHIBBAH bersama2 ngan adek2 1st year pada 25 JULAI 2010 di KIOSK NO 8, TERES EKO NIAGA, FEP, UKM. Peserta seramai 50 org dari kalangan pelajar-pelajar tahun 1. Antara acara menarik yg telah dijalankan adalah seperti ice breaking yg amat gempak, explorace, serta jamuan makan yang tiada berkesudahan ( hat ni la yang kita caghi..hehehe). Prgram ini adalah anjuran Exco Perpaduan Kaum dan Hak (PERKAHAK) Kami dari PKMK memohon maaf krn n3 kali ni agak lmbt diupdate. Mugkin kekangan wak2 dan tugasan yang pelbagai membuatkan kmi kdg2 terlupa untuk menjengok kat tetingkap ini. Ap2 pn, kat cni kami cuba kongsikan gmbq2 yg telh berjaya dirakam sepanjang program tersebut berjln :

~~BEHIND THE SCENE~~
Kudin (TYDP) ngan kueh2 yg tlh brjaya diuli olehnya...


- Program ni sbnqnya xdk pn perasmian tp disebbkan our beloved penasihat ad...so ad jugkla mjlis yg 'ala2' cam persmian 2. Dr Azizan ad bagi ucapan yg penting bukan sepatah atau dua patahla..tp agak byak pth2nya perkataan tersebut sbg support utk adek2 yg masih baru di alam uni jugk kpd kakak+abg2 yg dh nak grad..



- Adik2 yg dah berbaris ala2 palapes nak wat perarakan merdeka ja...masing2 muka penuh smgt nak melibatkan diri lam xtvt yg telah dirncang khas oleh programmers tok depa...



- Ni la muka2 baru dalam family PKMK...seronok tgok family ni maikn lama makin bertambh...harap2 semoga bilngan yg ada ini akan terus memberi komitmen dan me'nyapot' PKMK dalam menjayakan pelbagai lg prgram yang akan datang...sesungguhnya PKMK tidak berdiri sendiri sebaliknya ahli2 PKMK adalah tunjang kpd perjuangan PKMK selama ini.....

SEKIAN..........
(PERKAHAK 09/10)

Thursday, August 12, 2010

KAU YANG KU TUNGGU.....


Assalamulaikum dan salam ramadhan al-mubarak..

Alhamdulillah Allah masih sayangkan kita sebagai hambanya dengan memberi kita peluang untuk bertemu dengan bulan barakah ini iaitu Ramadhan. Bagi orang yang bertaqwa bulan ini adalah bulan yang sentiasa yang dinantikan kerana kecintaannya kepada Allah dan Rasul.. Manakala bagi orang yang lemah imannya merasakan bulan Ramadhan adalah satu bebanan bagi mereka..Oleh itu dimana kita?? Dimana tahap kita sekarang?adakah kita daripada golongan yang sentiasa yang tertunggu Ramadhan Kareem ini atau kita dari golongan yang kedua itu..Sama-samalah kita bermuhasabah diri kita..

Kami dari pihak PERSATUAN KEBAJIKAN MAHASISWA KEDAH(PKMK) mengucapkan Selamat Berpuasa dan menambahkan amal ibadah di bulan Ramadhan ini. Harapan daripada persatuan ini, jangan jadikan bulan ini sebagai satu beban tetapi jadikan ia sebagai anjakan pradigma anda ke arah lebih baik..

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e , Ahmad dan Baihaqi)

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golon gan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjia n (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perj anjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

Walaubagimanapun...AWASSSSSSSSSSSS...jangan jadikan amalan umat Islam hanya di bulan Rmadhan, menutup aurat di bulan Ramadhan, menjaga tingkah laku di bulan Ramadhan..TETAPI...jadikan ia sebagai madrasah tarbiah anda untuk bulan2 berikutnya..Islam bukan hanya di bulan ramadhan tetapi keseluruhannya...

oleh itu, renung2 kan dan selamat beramal......Salam Ramadhan



Post oleh : Exco Kerohanian dan Kepimpinan