Thursday, March 26, 2009

Tanggal 23 MAc 2009.....

MESYUARAT KHAS PENGURUSAN ORGANISASI OLEH :- pUAN RoSMAH AYU BT HARUN

ISNIN: bilik H.E.P, Sesebuah Organisasi yang mantap dan cemerlang itu diukur daripada sejauhmana tahap pengelolaannya terhadap satu-satu program yang dianjurkan. Pun begitu, nilai sahsiah dan kendiri setiap exco dalam organisasi tersebut juga merupakan hal yang tidak boleh dikesampingkan.

Dari itu, PKMK telah mengatur satu pertemuan Khas bersama Penolong pendaftar Pusat Perkembangan Pelajar UKM untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan organisasi terutama kepada exco-exco yang baru dilantik.


Pertemuan yang berlaku seawal jam 8.00 malam itu, melibatkan semua exco persatuan mahasiswa anak kedah (PKMK)...Antara perkara2 yang dibincangkan termasuklah cara-cara berurusan dengan pihak Pusat Perkembangan Pelajar UKM, apakah prosedur kertas kerja yang baik, contoh kertas kerja yang baik, serta bagaimana membuat laporan kewangan yang betul daripada unit pemasaran. Hal-hal yang sebegini menjadi agenda utama perbincangan pada malam tersebut. Ini kerana kertas kerja yang benar-benar mengikut prosedur sahaja yang akan diluluskan.

Pertemuan yang berlangsung kira-kira 3 jam ini banyak menghadiahkan jutaan ilmu yang amat berguna buat semua exco PKMK..Diharap ilmu yang ada tidak disia-siakan malah diaplikasikan semaksima mungkin dalam melaksanakan sesuatu program....















Wednesday, March 25, 2009

Program Redakan Tangisan Pelstin 26/2/09 Khamis

KHAMIS:masjid Ukm. Menyedari kezaliman Pihak Zionis yang melampaui batas, meratah darah daging umat islam palestin sedikit sebanyak mendOrong PKMK menjalankan program sulung kami pada SESSI 2008-2009. Program ini yang pada asalnya dilangsungkan lebih awal dari tarikh sebenar terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana ada beberapa kekangan yang dikenalpasti. Pun begitu, Syukur pada Allah. Program yang dirancang untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Berdasarkan gambar yang disiarkan dibawah ini dapat lah di gambarkan bahawa terdapat penyertaan yang tidak begitu menggalakkan dari pihak mahasiswa UKM. namun pada dasarnya ramai atau sedikit yang menyertai sesuatu program itu bukan ukurannya... Nilainya adalah pada kesungguhan kami bagi pihak penganjur dalam menjalankan amanah yang diberikan yakni untuk sama-sama menyedarkan diri serta mengetuk jiwa remaja para mahasiswa untuk menyedari peri pentingnya ukhuwah ISlamiyyah sejagat dalam meneliti dan memengertikan penderitaan umat seagama selanjutnya menghulurkan bantuan seadanya mengikut ukuran kemampuan.

Isi kandungan ceramah yang begitu menarik perhatian ini tidak wajar diambil ringan. Mutu ceramah yang sangat berkualiti daripada Ust MOhd Nor Azman tidak dapat dinafikan. Beliau yang juga merupakan Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)telah men'detail'kan ceramahnya melalui tayangan slide dan video-video keganasan ZIONIS yang amat menyentuh hati. Sesekali terdetik dihati betapa sayunya memandang bayi-bayi kecil yang baru menjenguk dunia, syaHid ditangan peluru-peluru zionis yang dahagakan darah manusia setiap saat dan masa tanpa mengira batas waktu.

Diakhir kalam, apa yang dapat disimpulkan daripada penganjuran program ini adalah kesedaran dan pengetahuan tentang kezaliman ZIONIS dapat didedahkan kepada mahasiswa UKM amnya dan mahasiswa KEDAH khasnya... semoga penganjuran program kesedaran umat sejagat seperti ini akan terus berlangsung pada sessi-sessi akan datang.









Update data Anda

Sunday, March 8, 2009

Salam Maulidur Rasul Buat Semua Umat Islam....






Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada tahun ini ialah pada 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430 selalunya diraikan penuh penghormatan dan penghayatan dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan di seluruh negara seperti ceramah agama, nasyid, berselawat, berzanji, meraikan golongan fakir dan miskin.

Semua ini adalah sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang menjadi manusia istimewa pilihan Allah. Kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung adalah rahmat bagi sekalian alam.
Kelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)

Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit dan getir. Baginda menempuh pelbagai ancaman dan halangan; menghadapi bermacam kesengsaraan, penderitaan dan penindasan. Namun begitu, Baginda tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanah Allah. Akhirnya Baginda berjaya menegakkan kebenaran di muka bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh Islam.

Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan paling istimewa. Oleh itu, Allah memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih. Dengan memiliki keperibadian unggul Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.

Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Kehidupan Nabi Muhammad SAW mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik. Jika diikuti, maka kehidupan manusia seluruhnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak contoh ditunjukkan Rasulullah SAW dalam mentaati dan beriman kepada Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti ibadah, muamalat, politik, hubungan kemasyarakatan dan akhlak. Baginda juga pemimpin agama, negara, suami, bapa, pendidik, pendakwah dan pejuang.

Kejayaan Rasulullah SAW yang paling ketara apabila Baginda berjaya mengubah jiwa manusia daripada sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan.

Hasilnya, lahirlah manusia yang bertakwa kepada Allah dan cintakan kebaikan. Contohnya, Saidina Umar al-Khattab yang pada mulanya seorang yang memusuhi Islam menjadi komited dengan ajaran Islam, berperibadi mulia dan dihormati. Begitulah juga Bilal bin Abi Rabah, seorang sahabat yang tabah dan sabar menghadapi penderitaan akibat penyeksaan musuh Islam demi menegakkan agama Islam.

Sempena bulan mulia ini, umat Islam diseru supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1430 kpada Sluruh umat ISLAM n Seluruh warga PKMK....

Sunday, March 1, 2009

BLOG pkmk ni...

Assalamualaikum semua hadirin dan hadirat, muslimin dan muslimat @ mahasiswa/siswi@ warga ukm atau bukan atau sesiapa jua pengunjung yang sedang menatap dan jua menilai blog pkmk pada masa ini.

Buat pengetahuan semua Blog ini adalah blog yang baru dilahirkan.. maka sudah pastilah byk kelompongan dan kekurangan yang tidak disedari adanya... Sebagai Exco yang dipertanggungjawabkan membangunkan blog ini, saya sedaya upaya memberi info2 berguna kepada semua amnya kepada ahli2 pkmk khasnya mengenai program2yang akan dan telah pkmk laksanakan....

Sya sentiasa mengalu-alukan cadagan dan kritikan2 membina serta kata2 semangat serta pendorong untuk membantu sya " mengUPDATe" blog ini sesuai dgn selera anda....