Friday, February 27, 2009

REDAKAN TANGISAN PALESTIN....

aSSALAMUAlaikum Warga2 pkmk sekalian pon sesiapa jua yg sedang menatap BLog pkmk ini.. marilah kita sama2 renungi kata2 syeih YAssin,....

Syeikh Ahmad Yasin pernah berkata:
>
> “Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu mengegarkan semua tempat dengan suaraku yang lemah ini.
>
> “Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka meggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia, aku yang diserang pelbagai penyakit.
>
> “Namun, adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai bangsa arab , kalian diam membisu dan lemah , atau adakah kalian semua telah mati binasa.
>
> “Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah ...
>
> “Tiada satu pun kumpulan (dari kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yang dianiaya.
>
> “Malah kami dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas… tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.
>
> “Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemulian. Tidak malukah Negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringkan bebanan kami.
>
> "Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dengan keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.
>
> "Siapa kamu? Apa yang telah kamu sumbangkan untuk agama Allah?”.. renung2kan dan selamat beramal....

TAHUKAH ANDA....!!!!!


1. Tahukan anda apabila 350ml air yang diambil dari paip air dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepaya nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan AIR MASAK.
> >
> > 2. Percayakan anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
> >
> > 3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
> >
> > 4. Tahukan anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu diambil dari watak paparazzo dalam filem La Doice Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama Papa Razzi.
> >
> > 5. Tahukan anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia adalah Orang Utan.
> >
> > 6. Tahukah anda bunyi perkataan Lempeng dan Tempeleng adalah hampir sama walau pun berbeza dari segi rupa bentuknya. Walau bagaimanapun, orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
> >
> > 7. Tahukah anda, gunung berapi yang berusia 300 tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung berapi, api elektrik di rumah anda tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama 3 bulan sahaja.
> >
> > 8. Tahukan anda, saya telah kehilangan 247 kalori kerana menaip 'Tahukan anda' ini.... hehhee. untuk renungn bersama...

Wednesday, February 25, 2009

Sekitar A.G.M 09..






tgah pulun wat banner ni.. huhu

Monday, February 23, 2009

PRoGram-ProGram Gempak!!! PKMK 2009...

1) REDAKAN TANGISAN PALESTIN = 26 FEBRUARI 2009

2) LAMBAIAN TAUTAN KASIH KENARI = 22 MAC 2009

3)MOTIVASI MENGGILAP PERMATA ( SMK T.TEMENGGUNG) = 26-28 MAC 2009

4) MALAM DARUL AMAN 09 = 13 APRIL 2009

5) MINGGU PENGENALAN PERSATUAN PELAJAR = * JULAI

6) EKSPO KENARI 09 = *JULAI

7) FAMILY DAY ANAK KEDAH 09 = * OGOS

8) AYUH JURAGAN 09 = *OGOS

9)PERTANDINGAN POSTER KEMERDEKAAN = *OGOS

10) MAJLIS BERBUKA PUASA ANAK KEDAH = * SEPTEMBER

11) TRIP BALIK RAYA = * SEPTEMBER

12) KEM REAKREASI GEOPARK LANGKAWI = *OKTOBER

13) OPKIM NELAYAN = *NOVEMBER

* tertakluk kepada sebarang perubahan....