Assalamulaikum dan salam ramadhan al-mubarak..
Alhamdulillah Allah masih sayangkan kita sebagai hambanya dengan memberi kita peluang untuk bertemu dengan bulan barakah ini iaitu Ramadhan. Bagi orang yang bertaqwa bulan ini adalah bulan yang sentiasa yang dinantikan kerana kecintaannya kepada Allah dan Rasul.. Manakala bagi orang yang lemah imannya merasakan bulan Ramadhan adalah satu bebanan bagi mereka..Oleh itu dimana kita?? Dimana tahap kita sekarang?adakah kita daripada golongan yang sentiasa yang tertunggu Ramadhan Kareem ini atau kita dari golongan yang kedua itu..Sama-samalah kita bermuhasabah diri kita..
Kami dari pihak PERSATUAN KEBAJIKAN MAHASISWA KEDAH(PKMK) mengucapkan Selamat Berpuasa dan menambahkan amal ibadah di bulan Ramadhan ini. Harapan daripada persatuan ini, jangan jadikan bulan ini sebagai satu beban tetapi jadikan ia sebagai anjakan pradigma anda ke arah lebih baik..
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e , Ahmad dan Baihaqi)
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golon gan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjia n (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perj anjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)
Walaubagimanapun...AWASSSSSSSSSSSS...jangan jadikan amalan umat Islam hanya di bulan Rmadhan, menutup aurat di bulan Ramadhan, menjaga tingkah laku di bulan Ramadhan..TETAPI...jadikan ia sebagai madrasah tarbiah anda untuk bulan2 berikutnya..Islam bukan hanya di bulan ramadhan tetapi keseluruhannya...
oleh itu, renung2 kan dan selamat beramal......Salam Ramadhan
Post oleh : Exco Kerohanian dan Kepimpinan
No comments:
Post a Comment